Tentang Kami


Pengenalan

Bismillaahirrahmaanirrahim. Segala puji bagi Allah Maha Pencipta dan Pemilik Alam. Alhamdulillah dengan izinnya JubahSiKecil.com telah diasaskan pada 28 Feb 2014 di Petaling Jaya, Selangor.  Idea penubuhan jubahsikecil.com ini bermula apabila pengasasnya menghadapi masalah mendapatkan jubah kanak-kanak yang berkualiti di pasaran buat si kecil manjanya. Kebanyakan jubah yang didapati di pasaran adalah tidak selesa untuk dipakai si kecil kerana material kain yang tidak menyerap peluh serta tidak menarik digayakan. Oleh itu, JubahSiKecil.com diasaskan bagi memenuhi keperluan jubah kanak-kanak yang berkualiti di negara ini. Alhamdulillah, walaupun usianya masih setahun jagung produk jubahsikecil.com telah mendapat sambutan yang amat baik sehingga ke luar negara.

Awal Penubuhan

Alhamdulillah, sejak sedekad lalu perkembangan fesyen muslim telah mendapat tempat dan sambutan yang amat menggalakan di negara ini. Rekaan tudung dan jubah telah mengalami beberapa evolusi yang menjadikan semakin hari semakin baik dari segi rekaan serta kualitinya.

Namun begitu, rekaan jubah kanak-kanak tidak mengalami perubahan rekaan dan pasaran banyak bergantung kepada jubah kanak-kanak yang diimport. Kebanyakkan jubah kanak-kanak yang diimport ini adalah daripada negara-negara yang berlainan budaya serta cara hidup dan juga iklim. Ini menjadikan jubah kanak-kanak di pasaran kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa serta tidak memberikan keselesaan kepada si kecil untuk memakainya. Oleh yang demikian JubahSiKecil membantu memberi pilihan kepada ibu bapa mendapatkan jubah kanak-kanak yang berkualiti, tahan lama, selesa dipakai serta cantik digayakan buat si kecil tersayang.

Pemfokusan Jubah Kanak-Kanak

JubahSiKecil mementingkan kualiti setiap produk jubah kanak-kanak yang dihasilkan. Material kain yang dipilih bagi pembuatan setiap jubah kanak-kanak adalah dipilih berdasarkan kriteria sejuk, selesa dipakai, senang dibasuh dan menarik untuk digayakan. Jubah kanak-kanak daripada JubahSiKecil bukan sekadar jubah biasa tetapi pakaian yang selesa digayakan dalam apa jua aktiviti si kecil manja tersayang.


Jubah kami adalah jubah yang dihasilkan 100%  oleh tenaga kerja tempatan dan mahir. Ini bagi memastikan kualiti jubah adalah terjamin dan mengikut standard jahitan butik.

Meneroka Dunia Menarik

JubahSiKecil sedar peringkat usia kanak-kanak adalah satu peringkat awal yang amat penting bagi setiap insan manusia. Ini kerana pada peringkat usia ini minda si kecil sedang berkembang dan berimiginasi tinggi. Si kecil melihat dunia ini dengan tanpa sempadan serta neutral dan memiliki keinginan yang tidak terbatas.

Minda si kecil melihat dunia adalah sebuah tempat yang amat menarik dan merupakan suatu ruang yang perlu diteroka. Oleh yang demikian setiap si kecil akan sentiasa aktif meneroka dunia yang menarik serta memerlukan sokongan ibu bapa mereka. Ibu bapa yang prihatin akan membantu si kecil dan sentiasa menyediakan keperluan terbaik si kecil manja terutama pemilihan pakaian bersesuaian, sejuk dan selesa. Oleh kerana itu tagline kami di JubahSiKecil adalah Meneroka Dunia Menarik atau Exploring The Wonderful World.

Hasrat Kami

JubahSiKecil berhasrat menjadi Peneraju Utama Jubah Kanak-Kanak #1 di Malaysia dan InshaAllah dapat menembusi pasaran jubah kanak-kanak kontemporari muslim global. Oleh yang demikian, kami di JubahSiKecil akan sentiasa menghasilkan jubah-jubah si kecil yang bergaya, berkualiti dan terkini buat si kecil-kecil manja kerana kami juga seperti anda menyayangi si kecil dan sentiasa ingin memberikan hanya yang terbaik buat mereka.

Produk jubahsikecil.com boleh didapati di vendor/ agen butik ekslusif kami yang terpilih di seluruh negara selain melalui online. Ikuti kami di www.facebook.com/JubahSiKecil dan Instagram @jubahsikecil.

Kami di JubahSiKecil.com amat mengalukan sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut daripada anda di email di admin@jubahsikecil.com.